Produk dijual pada harga tetap di dalam Ringgit Malaysia. Semua produk adalah barangan baru dalam kualiti yang baik. Warna pada paparan produk mungkin berbeza sedikit mengikut tetapan paparan komputer, telefon atau tab. Tempahan pembelian adalah menggunakan code produk yang dipaparkan.
2. Menerima Maklumat Pembelian
Pertanyaan bagi pembelian boleh dibuat melalui WhatsApp/SMS. Setiap WhatsApp/SMS akan dijawab dalam tempoh 24 jam. Kami tidak menerima sebarang booking bagi apa-apa tempahan. First come first serve basic.
3. Pembayaran
Pembayaran untuk setiap pembelian adalah melalui kaedah transfer account. Setelah pembelian disahkan, pembayaran hendaklah dibuat dengan segera. Sekiranya tiada pembayaran yang dibuat dalam tempoh 24jam selepas pengesahan pembelian, pembelian tersebut dianggap batal. Setiap pembayaran hendaklah disertakan dengan bukti. Sila masukkan no. telefon EBYSCARF CABIN ketika membuat transaksi.
4. S.O.P Penghantaran
Setiap pembelian yang telah dibuat bayaran akan dihantar pada hari berikutnya (kecuali jika pembayaran dibuat pada hari Sabtu petang dan hari Ahad, penghantaran adalah pada hari Isnin). Pembeli akan dimaklumkan sekiranya kelewatan penghantaran berlaku diakibatkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
5. Penghantaran
Penghantaran adalah menggunakan POS Malaysia. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli melainkan dinyatakan sebaliknya. Kos penghantaran adalah mengikut berat barang. Kos penghantaran akan diberitahu ketika pengesahan pembelian. Penghantaran dibuat pada setiap hari (kecuali Ahad).
5. Kehilangan, Rosak dan Kesilapan Pembelian
Kami tidak bertanggungjawab bagi setiap barang yang dibeli yang hilang atau rosak ketika dalam proses penghantaran. Ia adalah di luar kawalan kami. Bagi barang yang tersalah beli atau tidak sesuai tidak boleh dikembalikan atau ditukar kepada barangan yang lain. Barang yang telah rosak tidak akan diterima untuk pemulangan atau pertukaran. Manakala barang yang rosak atau salah di pihak kami, perlu dipulangkan dan kos pemulangan akan ditanggung oleh pihak EBYSCARF CABIN dengan syarat barangan tersebut dalam keadaan sempurna dan dikembalikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Wang pelanggan akan dikembalikan setelah barangan diterima oleh pihak kami.
No comments:
Post a Comment